25 September, 2010

Lihat cara zirafah minum air

Ular Tedung 5 kepala

هل تعلم؟

Adakah kamu tahu? Dunia ini penuh rahsia. Ilmu yang anda dapat cuma sedikit. Belajarlah dari alam kerana alam luas ini adalah lambang luasnya ilmu Allah SWT:

Baca selanjutnya: Forum Tunisia-Web

14 September, 2010

Anak Bin Laden

Omar dan isterinya Zaina

Ossama bin Laden seorang yang hebat. Dia menggegarkan negara kuasa besar Amerika Syarikat dan menjadi buruan negara polis dunia itu. Dia dicap sebagai teroris. Di kalangan pejuang Islam yang mengangkat senjata, dan menjadikan peperangan jihad sebagai manhaj menegakkan Islam,  dia menjadi kebangaan dan inspirasi.

Namun, anaknya Omar Ossama bin Laden tidak sepertinya. Anak ke 4 daripada 11 anak Ossama bin Laden itu, sungguhpun telah menghadapi pahit getir bersama ayahnya dalam buangan di Sudan antara tahun 1991-1996 dan telah mendapat latihan dalam kem Al-Qaeda  di Afghanistan selama 6 tahun semenjak usianya 14 tahun,  dia tidak mewarisi dan meneruskan corak perjuangan ayahnya. Dia pernah tinggal serumah dengan pemimpin kedua Al-Qaeda, Ayman Al-Zawahiri. Pada tahun 2000, dia telah meninggalkan kumpulan Al-Qaeda dengan alasan tidak mahu dikaitkan dengan pembunuhan orang awam dan bapanya Osama bin Laden.

Omar kembali ke Arab Saudi dan tinggal di sana terlibat dengan perniagaan  Saudi Binladen Group, perniaagaan keluarganya sehinggalah berlakunya peristiwa 11 September.

Omar bin Laden berkahwin dengan  Jane Felix-Browne atau nama Islamnya Zaina Mohamed Al-Sabah  pada tahun 2007 di United Kingdom. Sebelum berkahwin dengan Omar bin Laden, Zaina dikatakan telah berkahwin sebanyak 5 kali dengan beberapa orang bermula dengan seorang lelaki Arab Saudi pada usia 16 tahun. Zaina telah mempunyai 5 cucu dan 24 tahun lebih tua daripada Omar ketika mereka berkahwin. Omar pula sudah berkahwin dan dengan isteri pertamanya mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun.

Dengan Zaina, Omar tidak dikurniakan anak. Mereka telah menyewa rahim Louise Pollard, sahabat baik Zaina, untuk mengandungkan anak mereka secara pemanian beradas. 

Allah punya kuasa. Allah menjaga maruah Osama bin Laden dan tidak menghendaki keturunannya dilahirkan oleh wanita kafir. Louise Pollard, yang sudah mengandungkan anak pasangan tersebut selama 10 minggu telah diserang dan ditumbuk oleh orang yang tidak dikenali ketika berada di Syria. Serangan tersebut menyebabkannya keguguran.

Sebelum itu, Omar bin laden dan Zaina telah pun diberitakan bercerai.