17 October, 2025

Syaitan kalangan manusia lebih bahaya

 وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنْسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا

( Surah Al-An'am)


Kata para ahli ilmu , Allah mendahulukan sebutan Syaitan kalangan manusia daripada syaitan kalangan jin adalah kerana syaitan kalangan mansuia itu lebih bahaya.

Syaitan kalangan manusia dan jin ini , mereka saling berhubungan

Istilah syaitan merujuk kepada makhluk yang jahat. Bukan sahaja kalangan manusia dan jin ada syaitan. Kalangan binatang juga ada syaitan. 

Sebab itu , disebutkan dalam hadis:

- إذا قامَ أحَدُكُمْ يُصَلِّي، فإنَّه يَسْتُرُهُ إذا كانَ بيْنَ يَدَيْهِ مِثْلُ آخِرَةِ الرَّحْلِ، فإذا لَمْ يَكُنْ بيْنَ يَدَيْهِ مِثْلُ آخِرَةِ الرَّحْلِ، فإنَّه يَقْطَعُ صَلاتَهُ الحِمارُ، والْمَرْأَةُ، والْكَلْبُ الأسْوَدُ. قُلتُ: يا أبا ذَرٍّ، ما بالُ الكَلْبِ الأسْوَدِ مِنَ الكَلْبِ الأحْمَرِ مِنَ الكَلْبِ الأصْفَرِ؟ قالَ: يا ابْنَ أخِي، سَأَلْتُ رَسولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ كما سَأَلْتَنِي فقالَ: الكَلْبُ الأسْوَدُ شيطانٌ.
خلاصة حكم المحدث : [صحيح]
الراوي : أبو ذر الغفاري | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم | الصفحة أو الرقم : 510
| التخريج : من أفراد مسلم على البخاري


Perhatian: Ada kalangan fuqaha memahami kalimah (  يَقْطَعُ  ) membawa maksud batal solat dan ada pula yang memahami maksudnya TIDAK membatalkan solat, hanya mengurangkan kekhusyukan solat.

TIDAK BATAL atau TIDAK MEMBATALKAN Solat dengan sebab sesuati yang lalu depan orang solat adalah pandangan JUMHUR. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya, Sabda Nabi SAW:

 لا يقطع الصلاة شيء، وادرأوا ما استطعتم.


Sebab itu disunatkan letakkan sutrah depan kita masa solat. Lalu depan orang solat adalah haram. Kalau takut orang lalu depan, tapi tak letak sutrah, orang solat itu juga berdosa.

Pandangan JUMHUR yang kata tak batal jika perempuan, himar dan anjing hitam lalu depan ornag solat adalah berdasarkan hadis dalam soheh Muslim yang mana Aisyah r.a ketika diberitahu kepadanya tentangh sabda Rasulullah SAW itu, dia berkata:


قد شبهتمونا بالحمير والكلاب، والله لقد رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم وإني على السرير بينه وبين القبلة مضجعة فتبدو لي الحاجة فأكره أن أجلس فأوذي رسول الله صلى الله عليه وسلم فأنسل من عند رجليه

Aisyah menempelak kata tersebut dengan menyifatkan ia perbuatan tasybih kaum perempuan dengan himar dan anjing. Dia mempertikaikan kebenaran hadis tersebut. Lalu dia menyatakan bahawa dia pernah tidur atas katil yang terletak antara Rasulullah dan kiblat tatkala baginda sedang. Lalu dia ingin tunaikan sesuatui hajat dan tidak mahu ganggu Rasulullah 








12 September, 2025

AKIBAT MAKAN YANG HARAM

 Telah berkata Wahab bin Munabbih rmt: 

" Siapa mahi doanya dimakbulkan Allah SWT, maka hendaklah makan yang halal sahaja'


Maka, kesan makan yang haeam ialah:

1) Doa rak makbul


27 July, 2024

Bahana buat NU

 Siapakah yang mudah ditipu?

Sebenanrnya amat dikesalkan , orang yang mnengaku Ahli Sufi, Asha'irah Maturidiyyah dan kalau di Indonesia dari kelompok NU, sangat mudah menjadi mangsa penipuan. Lihat berapa ramai kalangan mereka yang pecaya kepada cerita-cerita ngawur?

Sementara golongan yang dipanggil Wahabi atau kalau di Indionesia disebut sebagai Salafi dan Muhammmadiyyah, mereka tidak mudah percaya.

Yang dimangsai dan digerogoti oleh cerota dongeng termasuk dakwaan para habib di Indonesia adalah kelompok di aliran NU.

Inilah bencana besar yang membarah dalam batang tubuh NU.

07 July, 2024

Membina dunia untuk silaturrahim

 Hari ini 1 Muharram tahun 1446. Tahun-tahun hijriyyah terus beranjak meninggalkan masa lalu yang kian jauh. entah berapa lagi hijriyyah beraa dalam hitunganku. Allahu A'lam. Umur dan usia adalah ketentuan Allah. Apa yang kita harapkan adalah dipanjangkan umur dalam amal soleh. Sebaik-baik ornag mukmin adalah yang panjang umurnya dan baik amalnya. Hendaklah kirnaya kita ini menjaidkan hari ini lebih baik dari kelmarin . Esok , semoga akan jaid lebih baik daripada hari ini.

Aku ....dalam dua tahun ini diasyikkan dengan pembinaan persanggrahan hari tua(insya Allah) di Kampung Datuk. Setia adanya cuti, aku akan balik ke kampung. Aku menaburkan perbelanjaan untuk bangunkan rumah di satu medan yang buat sementara aku namakan sebagai Medan Kabilah Bani Wahbah. Mulanya, aku hanya ingin bina sebuah rumah stor buat menyimpan alatan membuat pekerjaan. Seiring berjalan waktu, aku menukarkan rancanganku dengan berharap rumah itu akan menjadi rumah kedua apabila rumah tempat tinggalku, aku bina di tapak sebelahnya. 

Manusia ini memang begitu. Sering berubah-ubah fikirannya. Kin i rumah yang aku sasarkan ajdi stor itu sudah dilengkapkan dengan keperluan untuk tinggal. Ada tandas, dapur , bilik dan ruang tamu. 

Aku tidak berkia lagi dalam membangunkan tanah di medan itu. Banyaklah sudah duit aku belanjakan Beratus lori tanah telah aku beli untuk ditimbunkan tanah yang dulunya bendang. Itu pun masih lagi belum berkecukupan.

Aku berharap Allah tidak murka kepadaku kerana  membelanjakan harta yang dikurniakaNya itu ke arah itu. Dalam niat di hati snubariku, penempatan yang sedemikian akan kujadikan medan silaturrahim sesama keluargaku. Aku akan binakan rumah kedai sederhana dan ringkas buat adikku berniaga ikan air tawar, lemang atau produk IKS yang mereka mampu sediakan. Sementara aku melihat adikku Nurulhuda yang pulang kampung tiada tempat tinggal kecuali bermalan di rumah aruah ibuku, akan aku suruh bermalam di rumahku itu. Itu lebih leluasa untuknya dan keluarganya menghabiskan cuti di kampung. Itulah yang aku harapkan. 

Aku berdoa kepada Allah agar dimurahkan razeki untuk aku sempurnakan harapan dan cita-citaku.

Allahumma ameen....


10 September, 2022

AMR BIN MA'DI YAKRIB

Beliau adalah Abu Tsaur Amru bin Ma'di Yakrib Az-Zubaidi Al-Muzhaji.

Beliau masuk Islam dan bersahabat dengan nabi SAW namun setelah wafatnya nabi, dia murtad, akan tetapi kemudiannya kembali kepada Islam.

Beliau seorang ahli berkuda Arab yang terkenal berani dan pemilik pedang yang bernama Somsomah.

Beliau juga seorang ahli penyair Arab.

Beliau menyertai peperangan jihad pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq dan Umar al-Khattab. Beliau terlibat dalam perang Yarmuk dan perang Al-Qadisiyyah. Dikatakn dialah yang telah membunuh Rustam Farakhzad, panglima tentera Parsi yang terkenal.

Beliau seorang yang bertubuh sado, tinggi dan gagah sehingga Umar Al-Khatab berasa kagum dengan bentuk tubuhnya itu dan berkata:


الحمد لله الذي خلقنا وخلق عَمْراً

Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan kami dan mencipakan Amr


10 June, 2022

Mazhab Ibadhiah berlepas diri daripada sahabat-sahabat utama nabi SAW

Sebagaimana pegangan Khawarij yang mengkafirkan para sahabat nabi selain Abu Bakar dan Umar, terutama yang terlibat dalam Majlis Tahkim, maka demikianlah pegangan mazhab Ibadhi. Ini kerana ia adalah sebuah pecahan mazhab Khawarij yang kekal wujud sampai hari ini. Malah ia bertapak kukuh di Oman.


05 June, 2022

بما تأقلم الشيعة؟؟؟

 لقد تأقلم الشيعة مع الأذى والظلم حتى صار لهم جلباباً ، وحتى تعجب ظالموهم من تحمّلهم


Di antara keistimewaan mental kaum syiah sepanjang zaman ialah kemampuan mereka untuk menanggung penderitaan atas penindasan dan kezaliman pihak lain ke atas mereka. Mereka boleh menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran . Bak kata pepatah Melayu:

" Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak"


Itulah kehebatan mental yang ada pada kaum Syiah. Satu kaum yang sering ditindas kerana penentangan mereka terhadap pemerintah, tetapi mereka tahan sabar. Mereka berlindung di balik harapan dan juga taqiah yang menjaid akidah perjuangan mereka. Mereka didoktrinkan bahawa mereka di atas jalan ahli bait, jalan yang dimuliakan dna nabi SAW bersama mereka di atas jalan ini. Kerana itu mereka tidak kisah walau betapa banyak sengsara yang mereka tanggung. 

Mereka ber"ta aqlama" dalam siksa dan celaan sehingga siksaaan dan celaan itu jadi jilbab buat mereka!


Kata seorang tokoh syiah bernama Ali Al-Kurani Al-'amili  : Kemampuan Syiah untuk berasimilasi dalam keadaan tegang itu adalah nikmat "keluasan dada" yang tidak dimiliki oleh golongan sunnah terutamanya para wahhabiah.

Catatan: Syiah sangat membenci wahhabiah. Kebencian kepada wahhabiah adalah selogan utama kaum Syiah. Apakah kita harus menjerit sepertimana mereka menjerit??