24 August, 2010

Tinggal sesuatu untuk yang lebih baik

Disebutkan dalam sebuah hadis Al-Musnad:
إنك لن تدع شيئاً لله عز وجل إلا بدلك الله به ما هو خير لك منه

"Sesungguhnya tidaklah engkau tinggalkan sesuatu kerana Allah, melainkan Allah akan menggantikan untukmu dengan sebab itu apa yang lebih baik bagimu".
Jika engkau tinggalkan sekumpulan kawan-kawan yang tidak baik kerana bimbang mereka menjauhkan kamu daripada Allah, yakinlah Allah akan menggantikan untukmu kawan-kawan lain yang lebih baik dari mereka.

Jika engkau tinggalkan seorang kekasih yang selama ini kau cintai kerana dia tidak mendekatkan dirimu kepada Allah, tentu Allah akan gantikan kamu dengan isteri solehah yang lebih baik dari kekasihmu itu.

Jika perkerjaanmu sekarang memberikanmu sumber razeki yang tidak halal, lalu kau tinggalkannya kerana mencari kesucian dalam sumber razeki, yakinlah Allah akan gantikan untuk pekerjaan lain yang lebih baik.

Wahai para penyokong sebuah kerajaan. Jika kamu mencabut sokonganmu terhadap kerajaan untuk membentuk sebuah kerajaan yang lebih baik, Allah akan menggantikan untukmu sebuah kerajaan yang lebih baik memerintah ke atasmu!


No comments: